Siakap Keli
Gambar: Facebook Polis Diraja Malaysia

“Demi Tanggungjawab & Amanah Dipikul,” Tindakan Polis Trafik Bantu Warga Emas Melintas Jalan Tuai Pujian Warganet

Pengguna jalan raya bukan sahaja terdiri daripada pemandu kenderaan mahupun penunggang basikal, malah pejalan kaki juga merupakan pengguna jalan raya yang perlu diawasi keselamatannya.

Hal ini terutamanya apabila ada warga emas atau kanak-kanak yang cuba melintas jalan. Kita sebagai masyarakat prihatin perlu memberi ruang pada pejalan kaki untuk melintas atau membantu memimpin mereka melintas. Khidmat bakti ini dapat dijadikan teladan seperti perkongsian gambar oleh Polis Diraja Malaysia yang bersumberkan Polis Daerah Ipoh baru-baru ini.

Dua orang anggota trafik Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik iaitu Sarjan Roslan Khan dan Koperal Khamar Hasrun Khalid telah membantu seorang warga emas melintas jalan. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh sewaktu mereka bertugas mengawal lalu lintas.

Demi tanggungjawab dan amanah yang dipikul, keselamatan masyarakat sentiasa diutamakan tidak kira di mana anda berada.

Biarpun tidak sebesar mana bantuan yang dihulurkan, namun begitulah sifat ehsan ditonjolkan oleh Sarjan Roslan Khan dan Koperal Khamar Hasrun Khalid dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh yang membantu seorang warga emas melintas jalan ketika melakukan penugasan kawalan lalu lintas di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Semoga mereka sentiasa dilindungi demi meneruskan khidmat bakti dalam Pasukan.

Tindakan anggota trafik ini telah menerima pujian oleh netizen kerana mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bersifat ehsan pada warga emas.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.