Siakap Keli
Gambar: Bernama/PDRM

Gara-gara Cemburu Berkaitan Hubungan Abang Angkat, Kanak-Kanak Perempuan Dipukul Rakan Sekolah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan badan selepas dipukul rakan sekolahnya pada Ahad.

Menerusi kenyataan Polis Daerah Petaling Jaya, mangsa dipukul seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun dipercayai akibat cemburu hubungan pengadu dengan abang angkat.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian telah berlaku di kawasan tangga perumahan pangsapuri di kawasan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor,” tulis kenyataan itu.

Kejadian tersebut telah direkod rakan suspek sebelum rakaman itu dimuatnaik ke laman sosial milik suspek.

Susulan itu, kesemua suspek terlibat telah dikenalpasti untuk siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan menghentikan penularan video kejadian berikutan kes masih dalam siasatan.

Sumber: Polis Petaling Jaya

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.