Siakap Keli
Gambar: Bernama

PEMULIH: Beberapa Agensi Kerajaan Bersetuju Laksana Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah memaklumkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bahawa terdapat beberapa agensi Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman pelajaran.

Menurutnya, kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran seperti PTPTN, JPA, MARA dan PTPK.

“Bagi membantu para peminjam pendidikan, sukacita saya umumkan bahawa beberapa agensi Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran antaranya:

Pertama: memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN

Kedua: menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan;

Ketiga: menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan; dan

Keempat: menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan. 22 Nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah 400 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat.”

Sumber: Bernama

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.