Siakap Keli

TERKINI: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Libatkan Miskin Tegar, B40 & M40 Termasuk Isi Rumah Dan Bujang

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dengan peruntukan RM4.6 bilion sebentar tadi.

Ringkasan mengenai bantuan tersebut adalah seperti berikut.

Bantuan Khas COVID-19 atau BKC – memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
▪️ Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November;
▪️ Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; dan
▪️ Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.
Sumber: Bernama TV

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.