Siakap Keli

Tular Mesej Isu Kenal Pasti Pegawai Perubatan Kontrak Yang Tidak Hadir Bertugas 1 Julai, KKM Sahkan Sebaran Mesej Itu Palsu

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa sebaran mesej mengenai isu mengenal pasti pegawai perubatan kontrak yang tidak hadir bertugas pada 1 Julai 2021 baru-baru ini adalah palsu.

Makluman tersebut telah dikongsikan menerusi ruangan Facebook KKM, pada jam 8.00 malam tadi.

“Mesej yang disebarkan yang mendakwa YBhg Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan ketua jabatan klinikal mengenal pasti pegawai perubatan kontrak yang tidak hadir bertugas pada 1 Julai 2021 adalah PALSU.”

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.