Siakap Keli

(Video) “Ini Kembar Amy Search Ke…”Anak Terpesona Tengok Wajah Ayah Waktu Muda, Ada Iras Amy Search

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rasanya semua orang pernah kongsi gambar-gambar lama kan? Ala-ala throwback, gambar lama ayah, ibu dan adik beradik. Mesti ada yang terhibur kan kalau korang kongsi gambar lama ni.

Ye lah, mestilah nampak perbezaannya dahulu dan sekarang. Tetapi, apa yang menarik kali ini, seroang gadis yang dikenali sebagai Fara berkongsi gambar lama dan aktiviti ayahnya ketika muda memukau semua orang.

Menerusi perkongsiannya di Tiktok tentang wajah ayahnya ketika zaman muda persis kembar Amy Search. Bukan dia sahaja malah orang ramai turut terpesona melihat ketampanan wajah ayahnya itu.

@faramedyna

Abah tak banyak gambar masa muda so.. yah terpesona ku melihat hidungmu abah 😍😂

♬ Seaside_demo by SEB – SEB

Rata-rata pengikutnya di laman Tiktok meminta untuk ayahnya ‘cover’ lagu Isabella nyanyian Amy Search dan ya, suara dan gaya sangat sebiji dengan penyanyi tanah air itu.

Bukan muka je sama, korang boleh tonton video di bawah di mana ayahnya sedang menyanyikan lagu yang didendangkan kumpulan Search.

@faramedyna

Reply to @mmed0122 Ni ja yang sempat dirakamkan. Semoga terhibur🤘

♬ original sound – FaraMedyna 🇵🇸 – FaraMedyna 🇵🇸

 

Sumber: Fara Medyna

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.