Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri di Malaysia. Menerusi infografik yang dikongsikan, terdapat 11 buah negeri yang dijangka terlibat dalam amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 11 pagi ini.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah (Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama),Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru).
Manakala di Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) dan Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu) serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 11:00 pagi hari ini Selasa, 29 Jun 2021.
Sumber: MetMalaysia