OKLAHOMA- Seorang lelaki ingin menyelamatkan seekor kucing yang tersangkut atas pokok. Namun, orang awam pula terpaksa menolongnya dan kucing tersebut dengan menghubungi bomba.
Menurut UPI, lelaki tersebut berusaha menyelamatkan kucingnya setelah kucing tersebut memanjat pokok berhampiran rumahnya di Tulsa.
Malangnya, kucing tersebut memanjat lebih tinggi daripada jangkaan. Pemilik kucing tersebut cuba mengambil kembali kucingnya dengan memanjat pokok tersebut.
Namun, apabila sampai keatas dia tak tahu bagaimana untuk turun ke bawah dengan selamat. Seorang saksi menelefon pihak Bomba Tulsa untuk meminta bantuan.
“Sekitar jam 3:45 petang, Ketua Alan Hancock dan anggotanya tiba di tempat kejadian,” tulis pihak bomba dalam Facebook 25 Jun.
Pihak bomba turut berkongsi video misi menyelamat tersebut.
Video menunjukkan mereka menggunakan pelbagai alat untuk menghampiri dan menyelamatkan lelaki berkenaan.
Sumber: People.com