Orang ramai boleh membuat permohonan i-Citra bermula 15 Julai sehingga 30 September 2021 ini.
Bagaimanapun, permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui icitra.kwsp.gov.my di mana laman web hanya akan dapat diakses pada 15 Julai akan datang.
Permohonan ini terbuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap yang mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun mereka pada tarikh permohonan.
Menurut laman rasmi KWSP, jumlah maksimum pengeluaran dibenarkan adalah RM5,000 di mana RM1,000 akan diberikan setiap bulan (tertakluk kepada baki simpanan).
Amaun kelayakan pengeluaran adalah bergantung kepada jumlah simpanan ahli ketika tarikh permohonan dengan RM50 bayaran minimum pengeluaran serta baki RM100 dalam Akaun 1.
Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan di sini.
Sumber: kwsp.gov.my