Pihak bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada pemimjam yang memohon moratorium, tegas perkara ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.
Katanya, semasa sesi perjumpaan bersama bank baru-baru ini, kerajaan telah membangkitkan perkara tersebut dan bank bersetuju untuk melaksanakannya. Perlaksanaan moratorium yang diumumkan kali ini sama konsepnya seperti tahun lepas.
Tambahnya lagi, fokus utama melaksanakan moratorium kali ini adalah untuk membantu rakyat yang kini dalam kesusahan akibat pandemik Covid-19. Perdana Menteri Malaysia, mengumumkan dalam pakej PEMULIH semalam bahawa moratorium automatik selama 6 bulan akan diberi kepada peminjam dalam usaha membantu rakyat yang sedang dalam kesulitan ketika PKP.
Sumber: Astro Awani