Polis Batu Pahat kini sudah membuka kertas siasatan dan menyiasat mengenai satu video yang memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat bersama beberapa orang lagi sedang makan durian di sebuah kebun dipercayai di dalam daerah Batu Pahat.
Menerusi kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Bin Dollah memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan rakaman itu selepas ia tular di media sosial hari ini dan satu laporan polis juga telah dibuat berkaitan perkara itu.
Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
“Pihak Polis akan memanggil Ahli Parlimen berkenaan dan pihak-pihak yang terlibat di dalam video tersebut untuk membantu siasatan,” katanya.
Tambahnya lagi, pihaknya memohon kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU PAHAT
Video Tular Ahli Parlimen Langgar SOP.
Sumber: Polis Daerah Batu Pahat#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN pic.twitter.com/IG5m7fIEsX— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) June 29, 2021
Sumber: PDRMsia