Siakap Keli
Gambar: KWSP i-Citra

“Siapa Yang Layak Memohon?,” ‘Elya’ Munculkan Diri Lagi, Dedahkan Maklumat Lanjut Mengenai i-Citra

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini memaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) makan membenarkan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu i-Citra.

Menurutnya pada sidang media petang tadi, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pengeluaran dibenarkan sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Walau bagaimanapun, baru sahaja sebentar tadi, kelibat ‘Elya’ si penasihat online KWSP kembali munculkan diri di ruangan media sosial KWSP.

Menurut perkongsian di Twitter KWSP, maklumat lanjut mengenai i-Citra boleh didapatkan melalui laman web rasmi i-Citra. Sebagai pengetahuan am, i-Citra merupakan kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan.

Ini antara soalan lazim dan jawapan berkaitan kemudahan pengeluaran baharu yang diperkenalkan ini.

Bagi menjawab kekeliruan yang lain, anda juga boleh bertanya terus kepada ‘Elya’ yang setia berada di bahagian bawah kanan di ruangan laman web tersebut.

Sumber: KWSP i-Citra

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.