DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah berpandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Jelas Seri Paduka Baginda, sidang tersebut yang diadakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 adalah bagi membolehkan Proklamasi Darurat dibentangkan.
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berpandangan bahawa semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang.
Merujuk laporan BERNAMA, Seri Paduka Baginda juga turut menzahirkan penghargaan atas komitmen dan kesediaan pihak Parlimen untuk mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.
Berita penuh menyusul.
Agong berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan, SOP COVID-19 bagi membolehkan Proklamasi Darurat dibentangkan – Istana Negara pic.twitter.com/M75hcUXHbl
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 29, 2021
Sumber: BERNAMA