Siakap Keli
Gambar: South China Morning Post

(Video) Cemas, Pemandu Bas Nak Pengsan, Sempat Berhentikan Bas Selamatkan Nyawa 20 Penumpang

Seorang pemandu bas sempat menghentikan bas dan memastikan semua penumpangnya selamat sebelum pengsan. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Huabei, China.

Menurut South China Morning Post, pemandu bas itu tiba-tiba berasa tidak sihat dan segera memperlahankan bas dan membuka pintu kepada penumpang. Pemandu itu dikatakan telah mengalami reaksi alergi yang teruk dan kemudiannya tidak sedarkan diri.

Setelah bas diberhentikan, seorang penumpang wanita dipercayai datang untuk memeriksa keadaannya dan memanggil ambulans. Sebaik sahaja pihak ambulans datang, pemandu itu telah dibawa masuk ke dalam van ambulans dengan bantuan penumpang yang lain.

Menurut sumber, pemandu itu ada mengatakan bahawa terdapat lebih daripada 20 penumpang ketika itu. Jadi, dia berfikir bahawa dia perlu membawa mereka ke kawasan yang selamat sebelum pengsan.

Rentetan peristiwa itu, pemandu bas tersebut telah menerima sejumlah penghormatan daripada netizen.

Ada yang memberi komen, “Terima kasih kerana menjadi pemandu yang bertanggungjawab. Dia telah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi penumpangnya!

Ada juga yang memberi saranan, “Saya mencadangkan syarikat bas itu menawarkan pemeriksaan badan secara percuma kepada pekerja mereka. Walaupun pemandu itu dapat berhenti dengan selamat pada kali ini, kita tidak boleh mengabaikan sebab-sebab yang mendasari kejadian itu.”

Sumber: South China Morning Post

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.