Siakap Keli
Gambar: Tiktok @merraco29

(Video) Jimat Dan Mudah, Lelaki Ini DIY Cermin Bulat Rm2.10 Dengan Lidi, Nampak Elegan & Mewah

Setiap orang ada cita rasa dekorasi rumah yang berbeza. Ada yang menyukai gaya minimalis, ada juga yang lebih suka barang antik mahupun pelbagai corak sebagai dekorasi.

Kepada yang minat menjadikan rumahnya lebih cantik dan berseri dengan perabot yang kelihatan mewah tapi murah, cuba ‘decorate‘nya sendiri. Antara barangan rumah yang boleh DIY dengan mudah ialah cermin.

Jarang sekali ada rumah yang tiada cermin, kan? Malah, mungkin ada yang memiliki lebih daripada dua cermin di ruang tamu rumahnya, belum termasuk di ruangan bilik.

Seperti yang dikongsikan oleh @merraco29 menerusi Tiktok ini, korang hanya perlu beberapa bahan mudah sahaja untuk ‘decorate‘ cermin korang. Video yang dikongsikan olehnya juga telah mendapat perhatian ramai orang apabila meraih 2.3 juta tontonan.

Lebih menarik, bahan tersebut juga menjimatkan kerana boleh dibeli di kedai Eco yang bernilai RM2.10 sahaja.

Antara yang korang perlukan ialah cermin bulat, lidi dan spray.

Cermin yang ditampal dengan lidi

Selepas tampal, spray.

Ikuti perkongsian video di bawah untuk hasilnya dan selamat mencuba.

@merraco29

hi isnin..Cermin bulat rm2.10,lidi rm 2.10..tampal2 dan spray dah siap!.. semoga bmanfaat ya..nantikan diy seterusnya ok😊 #diy #esekeli #foryou

♬ Caught In The Middle – Marknunag02 ⍟ 🌈

Sumber: Tiktok @merraco29

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.