Seekor ketam bersaiz empat inci (10 cm) berjaya mengalihkan perhatian beberapa ekor singa yang sedang bercakaran sesama mereka di hutan. Sebuah video telah dirakam oleh Ruggiero Barreto, 30 tahun dan Robyn Sewell, 27 tahun ketika menemukan situasi yang tidak dijangka itu, lapor Daily Mail.
Menurut sumber, haiwan krustasea ini biasanya keluar dari cangkerangnya pada waktu siang. Ia berusaha menyeberangi sungai di MalaMala Game Reserve di Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, nasibnya tidak baik apabila terlihat oleh singa Kambula jantan dan betina yang timbul rasa ingin tahu terhadap kehadirannya.
Ketam itu dipercayai telah didekati oleh seekor singa lalu penyepitnya terus diangkat sebagai tanda untuk menakut-nakutkan si raja rimba itu. Namun, hanya beberapa ketika, empat singa muda yang lain turut ikut serta dan mengelilingi si ketam yang tidak lekang dengan penyepitnya itu.
Si haiwan kecil itu berusaha mundur ke tebing sungai namun pergerakannya semakin membuatkan singa-singa semakin ingin tahu. Berbekalkan penyepitnya, singa yang cuba menghidu si ketam akan menjauhkan jarak darinya supaya selamat daripada disepit.
Menurut Ruggiero dan Robyn, kemungkinan singa-singa ini terkejut dengan penampilan sesuatu yang belum pernah ditemui, disebabkan itulah ia pergi ‘menyiasat’ kehadiran si ketam itu. Jelas mereka, mustahil untuk haiwan kecil itu menang namun tidak disangka bahawa ia berjaya melepaskan diri.
Ketam itu dilaporkan berjaya menghilangkan diri ke dalam lubang setelah diperhatikan dengan penuh minat oleh kelima-lima ekor singa di situ. Kemudiannya, singa-singa terus menjadi hilang minat setelah ketam itu tiada.
Ketam dikatakan hampir menyamai gigitan singa dewasa apabila disepit kerana mempunyai sepitan yang cukup kuat. Satu-satunya ketam yang mempunyai kelebihan itu ialah ketam kelapa yang bersaiz 18 inci (45 cm). Ia dipercayai boleh ditemui di pulau-pulau di Lautan Hindi dan Pasifik.
Spesies ketam ini dapat menghasilkan kekuatan sekitar 90 kali saiznya yang membolehkan ketam ini menghancurkan sesuatu dengan kekuatan sekitar enam tan. Malah, ia dapat menghancurkan sebuah kelapa yang terbuka dan mengangkat budak berumur 10 tahun.
Sumber: Daily Mail