Siakap Keli
Foto: Miz Juejue

Wanita Kongsi 4 Resipi Air Kaw ‘Ikat Tepi’, Boleh Cuba Kat Rumah Je

Mesti korang tengah bosan tak tahu nak buat apa waktu PKP ini kan? Rata-rata masyarakat sudah ‘mati kutu’ kerana aktiviti harian agak terhad pada musim ini. Namun, sebenarnya banyak lagi benda yang korang boleh cuba di rumah.

Antaranya adalah mencuba resipi untuk minuman ‘kaww’ seperti di kedai hanya di rumah sahaja. Boleh minum bersama-sama keluarga.

Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh salah seorang suri rumah yang dikenali sebagai Miz Juejue menerusi laman Facebooknya. Lebih menarik lagi, dia menggunakan cara seperti di kedai iaitu membungkus air dan ikat tepi.

Walaupun dok umah, air tetap bungkus ikat tepi. Ni la kegembiraan saya sebagai suri rumah. Mana Satu pilihan anda semua?

Resepi Nescafe Ais kaw

  • Nescafe 3 sudu
  • Susu ikot tekak nak manis mana
  • Air setengah gelas, jangan banyak nanti air tak kaw

Caranya:

  • Kacau lama-lama,masukkan ais dalam plastik
  • Tuang nescafe
  • Ikat letak strawww da siap boleh minum dah

Boleh gak letak susu cair…Kalau tak nak pun tak apa..

Resepi Milo Ais kaw

  • Milo 4 sudu
  • Susu (ikot tekak nak manis mana) 
  • Air setengah gelas, jangan banyak nanti air tak kaw

Cara-caranya:

  • Kacau lama-lama, masukkan ais dalam plastik
  • Tuang milo
  • Ikat letak straw dah siap boleh mnum dah

Boleh juga letak susu cair atau fresh milk.. Nanti ada la rasa ala-ala air kotak. Dan lagi satu, kalau nak buat neslo just tambah 2 sudu nescafe. Milo kurangkan jadi 3 sudu.

Resepi Kopi ais kaw

  • Rendam 2@3 sudu serbuk kopi
  • Biar sampai nampak pekat
  • Tapis air kopi
  • Susu ikut nak manis mana

Kalau terlampau pekat boleh tambah air suam..

Masukkn ais dalam plastik dan tuang kopi ikat tepi letak straw . Boleh tambh susu cair kalau suka.

Resepi Teh Ais

  • Rebus 3 cawan air dalam periuk sampai mendidih,
  • Letak 3@4 sudu serbuk Teh (tak kisah teh apa pun)
  • Biar mengelegak seminit dual
  • Lepas tu tutup api dan tapis teh

Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna tu.

Cara-caranya:

  • Masukkan susu pekat (agak-agak nak manis mana)
  • Susu cair 3/4 sudu (nak lemak lebihkan lagi)
  • Garam cubit hujung-hujung je (tak letak pun tak apa)

Garam untuk lemakkan lagi teh ais. Boleh dah letak ais.

 

Sumber: Miz Juejue

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang