Siakap Keli
Gambar: Tribunnews.com

Wanita Pasrah Duit RM400 Lebih ‘Melayang’ Setelah Diacukan Pisau Di Mesin ATM

Seorang wanita hanya pasrah menyerahkan wangnya sebanyak Rp 1,5 juta (RM429.19) kerana diacu pisau ketika berada di mesin ATM. Peristiwa mencemaskan itu terjadi pada pukul 3.47 petang, hari ini (28/6) di kawasan Jalan Teluk Tiram, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, lapor Tribunnews.

Menurut sumber, mangsa dikatakan sedang mengambil duit di ATM yang bersebelahan pasar mini. Seorang saksi bernama Cipta yang menjual minuman di depan pasar mini itu sempat terlihat pelaku yang ketika itu sedang duduk berehat di sekitar ATM.

Jelasnya, “Kami fikir dia sedang berehat, jadi tidak ada yang mendekati“. Ternyata, pada saat itulah pelaku itu disyaki sedang memerhatikan bakal mangsanya.

Si pelaku yang memakai helmet dan topeng muka itu sempat bertindak tanpa sesiapa menyedari. Namun, ketika ingin melarikan diri dengan duit yang dirompak, seorang pembeli yang berada berdekatan sempat mengejarnya dengan motor.

Walau bagaimanapun, sesi kejar mengejar itu terhenti lantaran si pelaku yang dikatakan berjaya meloloskan dirinya di persimpangan lampu isyarat Teluk Tiram.

Menurut saksi, keadaan si pelaku itu telah pun berlumuran darah sebelum dia melakukan jenayah. Malah, di pintu ATM itu dilaporkan terdapat bekas tompok yang kelihatan seperti darah.

Peristiwa rompakan seperti itu dipercayai pernah ditimpa wanita lain di kawasan Jalan KS Tubun, Banjarmasin Selatan.

Sumber: Tribunnews

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.