Siakap Keli

Gara-gara Bank Tersilap “Transfer” Lebih RM 200 Bilion, Keluarga Ini Sempat Merasa Jadi “Billionaire” 4 Hari

NEW YORK CITY- Sebuah keluarga menjadi orang ke-25 terkaya di dunia apabila sebuah bank termasukkan $50 bilion (kira-kira RM207 bilion).

Darren James, Ejen Hartanah Baton Rouge, 47 tahun memberitahu Fox dia dan isterinya terkejut melihat baki bank simpanan.

“Buka! Kita dapat $50 bilion,” kata James kepada isterinya.

Dia mengakui bahawa dia terfikir berkemungkinan “saudara kaya” mereka meninggalkan wang tersebut untuk mereka seperti Nike Phil Knight.

“Sungguh gembira! Saya melihat banyak sifar di akaun bank,” katanya sambil ketawa.

Namun, James dan isterinya bertindak menghubungi Chase Bank sebaik sahaja melihat wang tersebut pada 12 Jun dan masih kekal dalam banknya pada 15 Jun.

“Saya menjadi jutawan selama empat hari,” katanya kepada Fox.

“Kami tahu kami itu bukan milik kami. Jika kami menggunakan ianya dikategorikan satu kecurian,” jelasnya lagi.

Menurut New York Post, kejadian ini bukanlah kali pertama kerana seorang wanita bernama Julia Yonkowski turut menjadi ‘mangsa’.

Dia menyedari bahawa terdapat $1 bilion dalam akaunnya saat mengeluarkan wang dari ATM.

Sumber: New York Post

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.