Siakap Keli
Gambar: Bernama/i-citra

i-Citra: Simpanan Akaun 2 Akan Diguna Terlebih Dahulu, Jika Tak Cukup Akan Guna Simpanan Akaun 1 Pula

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) menerusi laman Twitter rasmi mereka sebentar tadi berkongsikan maklumat mengenai akaun simpanan yang akan digunakan untuk pengeluaran i-Citra.

Menurut KWSP, bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalam akaun 2 terlebih dahulu dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam akaun 1 pula akan digunakan.

Memetik contoh yang diketengahkan bagi seseorang yang tidak bekerja dan mempunyai simpananRM5,150 dalam akaun 2, simpanan itu akan digunakan untuk pengeluaran i-Citra sebanyak RM5,000.

Antara contoh yang lain adalah seperti berikut:

Permohonan bagi kemudahan pengeluaran i-Citra boleh dilakukan pada 15 Julai ini dengan melayari pautan KWSP i-Citra.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai i-Citra, anda boleh melayari laman web INI.

Sumber: KWSP

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa