Siakap Keli

Kapal Senget Sebelum Tenggelam Di Selat Bali, Mangsa KMP Yunice Kongsi Detik Cemas

Malam semalam, berlaku satu tragedi hitam di Indonesia apabila kapal penumpang KMP Yunice tenggelam di perairan Bali. Tragedi itu telah mengakibatkan enam nyawa terkorban, selain 47 lagi ‘hampir maut’.

Dalam masa sama, ada beberapa mangsa turut dilapor hilang dan masih dalam pencarian, selebihnya telah diselamatkan dan dibawa ke Pelabuhan Ketapang di Bayuwangi.

Justeru, antara mangsa yang terselamat, iaitu Taufik menceritakan kepada pemberita bagaimana dia menghadapi situasi genting tersebut.

Jelas Taufik, dia ketika itu dalam perjalanan dari Jember menuju ke Denpasar, Bali. Namun tiba-tiba kapal yang dinaikinya itu senget ke kiri dan tidak seimbang.

Walaupun ramai penumpang menyedari keadaan itu dan mula panik untuk selamatkan diri, namun tiada sebarang amaran tenggelam dibunyikan.

“Masa tu mereka bingung sebab tiada apa-apa amaran pun, macam siren ke..tidak ada. Saya hanya melihat kru kapal berlari-lari.

“Saya dengar orang menjerit nak pakai pelampung. Saya cepat-cepat cari di rak pelampung tapi ia tak boleh dibuka. Last-last saya tendang je almari tu, barulah boleh ambil pelampung,” luahnya, menggambarkan semula situasi cemas tersebut.

Situasi semasa mangsa diselamatkan | Tribun

Dalam keadaan panik, kapal itu semakin lama semakin senget hinggalah akhirnya tenggelam. Taufik sempat keluar dan terjun untuk terapung di permukaan laut bersama-sama penumpang lain.

Sementara itu, mangsa seterusnya, Sukro juga berkongsi pengalaman ngeri dalam kejadian sama. Menurutnya, dia sempat mencapai pelampung dan terjun ke laut ketika kapal itu senget sebelum tenggelam.

Menurut laporan, keadaan di sana sangat kacau-bilau. Angin yang membadai pada ketika itu sangat ‘mengganas’, selain ombak yang bergelora mampu mencapai empat meter tinggi.

Walaupun panik dan kesejukan, mereka semua terpaksa bertahan untuk terapung di permukaan laut dalam keadaan gelap selama kira-kira 30 minit lamanya sebelum pasukan penyelamat tiba.

Usaha pencarian KMP Yunice dan mangsa-mangsa hilang giat dijalankan. Difahamkan, ada beberapa mayat dipercayai mangsa kapal berjaya ditemui di persisiran Pantai Gilimanuk tidak jauh dari situ.

Mangsa-mangsa tercedera sedang menerima rawatan di hospital. Menurut pihak berkuasa, punca tenggelam masih belum diketahui dan siasatan penuh kes kini sedang dijalankan.

Sumber: Tribun News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.