INDIA- Seorang lelaki dilaporkan menolak isteri dan dua anaknya ke dalam perigi.
Pelaku, Raja Bhaiya Yadav, 42 tahun berasal dari Chhaterpur, Madhya Pradesh, India.
Akibat perbuatannya, salah seorang anaknya yang berusia lapan tahun mati, lapor Hidustan Times.
Dilaporkan, pelaku berbuat demikian kerana isterinya gagal memberikannya anak lelaki.
Menurut Kompas.com, isteri dan dua anaknya tinggal sementara di Panna, Yadav (rumah keluarga isteri). Pelaku menjemput mereka secara paksa dan berhenti di sebuah perigi di Padoi.
“Dia menolak isteri dan dua anaknya ke dalam perigi. Dilaporkan, pelaku turut membaling batu ketika isterinya hendak keluar dari perigi tersebut,” kata Singh.
Disebabkan itu, anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun mati. Manakala, isteri dan bayi perempuan berusia tiga bulan berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung kerana mendengar tangisan.
“Isterinya mengatakan Yadav marah kerana dia melahirkan bayi perempuan bukannya lelaki seperti yang diingininya,” tambahnya.
Menurut polis, pelaku berjaya melarikan diri dan kini didakwa dengan pembunuhan dan percubaan membunuh.
Pihak berkuasa kini sedang memburunya.
Sumber: Kompas.com