Siakap Keli
Gambar: TikTok @ammar_pian_oe

Periksa Ketahanan Bateri Laptop Dan Berapa Lama Boleh Pakai Sekali Cas, Ini Cara-Cara Korang Kena Ikut

Komputer riba atau laptop merupakan komputer yang lebih kompak, bersifat mudah alih dan boleh dibawa ke mana-mana. Oleh itu, laptop menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas untuk berfungsi tanpa sumber kuasa elektrik secara terus.

Kebanyakan laptop yang berada di pasaran sekarang menggunakan bateri jenis Lithium-ion yang mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Manakala laptop yang lebih lama modelnya rata-rata menggunakan bateri Nickel-Cadmium dan Nickel Metal Hydride.

Walau apapun jenis bateri boleh cas yang digunakan, bateri ini juga mempunyai jangka hayat mengikut cara penggunaan dan kapasiti bateri tersebut. Semakin lama bateri laptop digunakan, maka makin berkuranglah kecekapan bateri tersebut.

Apabila bateri laptop dah bermasalah, maka korang kena tukar bateri yang baru. Tapi macam mana nak tahu bateri laptop okay lagi ke tak dan bila perlu tukar?

Menjawab persoalan ini, pengguna TikTok dengan nama akaun @ammar_pian_oe ini mengunggah sebuah video yang menunjukkan cara untuk memeriksa kecekapan bateri laptop untuk pengguna Windows. Video ini mendapat 217.7 ribu tontonan dan 29.3 ribu sukaan setakat ini.

@ammar_pian_oe

nak tau apa lagi komen ja.. mengapa pendapat anda? #pianlaptopsolution #oeacademy #oe #HotlinkEverydayCEO #imatitan #tiktokmalaysia #pls

♬ Bagaikan Langit #2 – Potret

Sumber: TikTok @ammar_pian_oe

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.