Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI: Pembayaran BPR Tambahan Secara Berperingkat Mulai Hari Ini, Terus Dikreditkan Dalam Akaun

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan mula dibayar hari ini (30 Jun 2021), kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jelasnya, penerima bagi kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima pembayaran antara 30 Jun sehingga 2 Julai 2021 akan datang.

Bantuan tunai itu bermula daripada RM100 bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sehingga RM500 bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Pembayaran akan diberikan secara terus melalui akaun bank penerima, katanya.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula, pembayaran akan bermula pada 30 Jun melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari masa ke masa.

Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas serta 3.8 juta individu bujang.

Pembayaran akan diberikan kepada penerima berdasarkan jadual di bawah.

Untuk maklumat lanjut, layari https://bpr.hasil.gov.my

Sumber: Kementerian Kewangan

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.