Tular baru-baru ini tentang seorang pengguna Tiktok mendakwa dia terjumpa seekor ketam kepala yang sangat aneh di halaman rumahnya.
Namun, sejauh mana kesahihan dakwaannya itu. Jadi, jom ikuti penjelasan daripada perkongsian Tiktok, Iqbal Ahyar tentang haiwan tersebut.
Sebenarnya haiwan ini dikenali sebagai Manumala Noxhydria sejenis parasit yang menetas daripada telur ovormoph. Apa yang menyeramkan, haiwan ini bertindak melompat ke arah muka manusia dan meninggalkan ekornya di dalam organ manusia dan keluar menembusi dada.
Menakutkan kan? Jangan risau, sebenarnya haiwan ini tidak wujud pun. Ia hanyalah wujud di dalam sebuah filem bertajuk Alien.
@iqbalahyar #stitch with @sis_farah ramai yang tag, so here’s the explanation 🥺 #science #biology #TikTokGuru #outerspace
Untuk pengetahuan korang semua, ketam kelapa atau nama saintifiknya adalah Artropoda ini merupakan ketam darat yang paling besar hidup di dunia. Beratnya boleh mencecah hingga 4.1kg dan membesar sehingga 1 meter.
Ini adalah rupa sebenar ketam kelapa.
Sumber: Iqbal Ahyar