Siakap Keli
Gambar: @apriliafano09

(Video)”Dia Yang Buatkan Hiasan Mas Kahwin,” Gadis Jadi Pembantu MUA Bekas Kekasih Nikah, Profesional Walau Bersedih

Jodoh, ajal dan pertemuan terletak di tangan tuhan. Kadang sudah berkenalan bertahun-tahun, tapi akhirnya kekasih hati bernikah dengan orang lain.

Tak ramai yang kuat untuk melihat individu yang pernah disayangi bersanding, apatah lagi menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Pun begitu, seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu jurumekap di Indonesia terpaksa menguatkan jiwanya apabila diminta untuk menguruskan pengantin yang merupakan bekas kekasihnya sendiri.

Memetik Tribun News, pembantu jurumekap bernama Nurul itu dilihat profesional mengurus persalinan pengantin lelaki dan perempuan dalam majlis pada 21 Jun lalu.

Kisah wanita itu telah dikongsikan rakannya yang merupakan jurumekap pengantin, @apriliafano09 pada Rabu lepas.

“Bekas kekasihnya nikah. Dia yang buatkan hiasan mas kahwin. Dia yang touch up pengantin lelaki a.k.a bekas kekasih. Dia yang bantu pengantin perempuan pakai gaun sekaligus hantar masuk kereta,” tulis Apriliafano, 31.

Video tersebut telah mendapat lebih 3.2 juta tontonan sejak ia dimuatnaik.

Kongsi Apriliafano, Nurul dan bekas kekasihnya telah berkenalan semasa mereka bekerja bersama di mana lelaki itu adalah seorang videografer perkahwinan.

Mereka telah berkawan selama setahun sebelum hubungan mereka terputus kerana konflik, katanya. Malah, Nurul yang sakit hati meminta bekas kekasihnya itu untuk menikahi perempuan lain.

“Setelah cakap begitu, akhirnya si lelaki mengajak perempuan lain menikah,” kata Aprilia kepada Tribun News.

“Sebabkan dia (bekas kekasih Nurul) adalah team saya, jadi dia minta saya jadi jurumekap pernikahannya.”

“Akhirnya pembantu saya perlu profesional. Jadi mahu tak mahu, perlu menguruskan fitting baju pengantin lelaki,” tambah Aprilia.

Jelasnya, Nurul sempat menangis tatkala mengetahui bekas teman lelakinya itu akan menikahi perempuan lain.

“Dia sempat menangis saat tahu yang lelaki itu menikah. Dia kecewa, dia (bekas kekasih) belum berusaha sepenuhnya. Tahu-tahu ditinggalkan, menikah,” tambah Aprilia.

@apriliafano09

Jadi dia adalah asisten mua…dtinggal nikah ma pacarnya ( team videographer ) krn harus profesional,dia brusha kuat! #fyp #fypmua #viral

♬ original sound – 🇻 🇮 🇷 🇱 🇾 🔘 – 🇻 🇮 🇷 🇱 🇾 🔘

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.