KANADA- Puluhan orang mati di Kanada kerana gelombang panas yang melanda negara itu.
Polis di daerah Vancouver berkata terdapat lebih 130 kematian direkodkan sejak 25 Jun lalu. Sebilangan besarnya adalah orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan.
Menurut BBC, kini Kanada telah memecahkan rekod negara itu apabila mencatatkan rekod suhu untuk hari ketiga berturut-turut iaitu 49.6C di Lytton, Britain dan Columbia.
Pakar mengatakan perubahan iklim antara punca peningkatan kekerapan cuaca ekstrem seperti gelombang panas.
Menurut pakar, haba di bahagian barat Kanada dan AS disebabkan tekanan udara yang tinggi dari California ke wilayah Artik.
Namun, suhu menurun di daerah pesisir tetapi tidak banyak di kawasan pendalaman.
Jumlah kematian akibat haba mungkin meningkat di beberapa kawasan, menurut laporan.
Sumber: BBC