PAKISTAN- Pakistan kini sedang dilanda cuaca panas ekstrem. Suhu di negaranya telah mencapai 52 darjah celcius iaitu tertinggi di Bumi.
Suhu udara saat ini dikatakan lebih dari suhu terpanas pada tahun 2015 iaitu ketika dua gelombang panas di India (30 darjah celcius) dan Pakistan.
Disebabkan itu, lebih 4,000 orang dilaporkan mati kerana panas yang ekstrem, lapor The Sun.
Menurut Kompas.com, Bandar Jacobabad, Sindh di Pakistan merupakan kawasan yang terpanas di dunia.
Suhunya bukan sahaja terpanas di dunia namun berbahaya untuk kerana telah mencecah 52 darjah celcius.
“Ketika cuaca menjadi sangat panas, Anda berasa tak mampu lagi berdiri dengan kaki sendiri,” kata seorang penduduk.
“Ketika suhu mencecah 50 darjah celcius, penduduk tak berani nak keluar kerana terlalu panas,” kata seorang peniaga, Abdul Baqi.
sumber: Kompas.com