Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menerima satu laporan polis daripada seorang selebriti yang mendakwa gambar dirinya tersebar di media sosial dikatakan sedang berada di dalam bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Nilai, Negeri Sembilan.
Lantaran itu, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Menerusi kenyataan badan itu, siasatan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan juga akan turut dilakukan.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk perlanggaran undang-undang dan prosedur siasatan,” tulis kenyataan terbabit.
Sumber: Polis Daerah Nilai