Sebagai manusia, setiap daripada kita mempunyai jalan hidup yang berbeza. Dugaan yang perlu dihadapi setiap individu juga tak sama. Mungkin ada yang sihat tubuh badan, tapi kurang berkecukupan dari segi kewangan, atau sebaliknya.
Walau apapun aral yang melintang, ia bukanlah penentu kemampuan seseorang itu untuk berjaya. Kadang-kadang permulaan yang perit itu juga boleh berakhir dengan sebuah kemanisan bergelar kejayaan.
Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh usahawan muda Yuniey Iluniey ini. Keperitan hidup yang dilaluinya sejak kecil tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk berjaya, malah membuat tekadnya semakin kuat.
Siapa sangka bermula dari meniaga pasar malam dengan hanya beralaskan tikar, kini beliau bergelar jutawan yang turut membantu orang lain mencapai impian sepertinya.
Nak tahu apa yang mengubah hidup beliau sehingga menjadi jutawan di usia muda, ikuti kisah yang dikongsikan Yuniey Iluniey di bawah ini.
Meniaga pasar malam beralas tikar
Aku anak seorang peniaga pasar malam di Gua Musang, Kelantan. Panas terik, hujan, basah kuyup itu biasa. Kisah kami bermula dari naik motor roda tiga menjaja kuih.
Keperitan hidup bermula bila menjual di pasar malam. Tiada meja, hanya tikar. Aku duduk membantu ibu menjual sambil sakit menyucuk di bawah punggung akibat batu-batu tajam di bawah tikar.
Adik aku terbaring tidur atas tikar, masa tu baru umur sebulan lebih.
Aku tengok keadaan sekeliling dalam pasar malam itu keluarga aku paling daif. Orang lain semua ada meja untuk menjual. Waktu ni aku umur 11 tahun. Aku genggam azam, aku nak jadi orang kaya bila besar.
Tinggal di rumah ‘sangkar ular’
Bila aku meningkat remaja, kesusahan makin bertambah. Aku berpindah duduk dekat rumah tepi bukit hutan tebal. Rumah tapi bukan rumah, macam sangkar saja.
Orang luar boleh tengok aktiviti dalam rumah. Tapi memandangkan aku anak dara, ibu buat satu bilik kecil.
Boleh dikatakan setiap hari ada je nampak ular. Kadang-kadang ular jatuh di bilik tidur aku.
Proses remaja aku bukan macam remaja lain. Umur 16 tahun aku mula cari rezeki sendiri tanpa mengharapkan orang tua. Sebab aku tahu mereka penat sangat.
Aku cuba bina impian, aku mula mengikuti jejak ibu aku meniaga di pasar malam. Aku sorang-sorang bukak canopy, sorang-sorang susun barang jualan, sorang-sorang survive. Aku jual baju fashion wanita. Aku nekad aku nak kaya, aku nak berjaya.
Berbekalkan kereta kancil buruk, aku usaha pagi dan malam. Tanpa melalui proses remaja, tanpa sempat menikmati masa muda.
Aku usahawan sehingga aku umur 25 tahun, tapi masih tak tercapai impian aku nak ada rumah harga setengah juta. Aku usaha tanpa henti, hanya tidur 2-3 jam sehari.
“Rupanya aku salah”
Rupanya aku salah. Aku hanya nak kayakan diri aku. Aku ubah mindset untuk bantu orang lain jadi kaya.
Di saat aku mencecah 26 tahun, sebesar-besar rezeki aku dapat. Rumah, kereta, aset, boleh bantu orang sekeliling. Subhanallah! Kereta baru berbalut plastik harga tak tercapai akal tapi aku bina rasa layak, dan aku dapat.
Produk Juliets Coffee makin meletop. Aku bangunkan selama 3 tahun. Dalam Juliets Coffee, aku kenal erti bila kita bantu orang, Allah bantu kita.
Dari RM290, kini buat sale jutaan ringgit sampai masuk TV
Team Juliets Coffee boleh buat sale jutaan ringgit per tahun, bermula dari RM 290 sahaja.
Ya Allah, kau temukan aku dengan Juliets Coffee kini sudah masuk TV sebanyak tiga kali.
Hampir ribuan orang yang dah berdaftar. Disini bermula impian yang nyata.
Semoga cerita ini boleh menjadi inpirasi. Kita dilahirkan dalam serba kekurangan, tapi tidak bermakna kita tak boleh capai kejayaan .
Jawatan jutawan tak perlukan sijil!
Kejar cita-cita kita, cari bisnes yang betul. Bangun, bangkit! Tak pernah terlambat dalam mengejar kejayaan. Trust the process.
Sumber: Facebook Yuniey Iluniey