Siakap Keli

Hargai Jasa Frontliners, Kedai Cermin Mata Ni Nak Bagi 10,000 Kanta Antivirus Untuk Ditebus Mulai Sekarang Sampai 31 Julai 2021

Ramai dikalangan kita yang memakai cermin mata, tak kisah la dari segi fesyen atau keperluan. Tapi, sedarkah kita dengan dugaan yang dihadapi para frontliners bercermin mata?

Kerap kali, kita tak perasan malah lupa masalah penularan virus melalui mata. Ini amat membahayakan. Tambahan pula, bagi mereka yang bercermin mata, kanta mudah berkabus tatkala memakai topeng muka. Masalah macam ni harus dipandang serius lebih-lebih lagi bagi korang yang bekerja sebagai medical frontliners dan harus bersemuka dengan ramai pesakit di waktu pandemik ini. Siap kena pakai full PPE lagi, mestilah tugas korang semakin mencabar.

Dugaan medical frontliners dengan cermin mata yang berkabus semasa bertugas

Situasi semakin membimbangkan dengan perubahan yang makin cepat dengan wabak Covid-19 yang melanda Malaysia ni. Dah la sumber perubatan kian terhad, ICU mulai ‘tenat’ dan para frontliners pun tengah bertahan untuk terus berjuang sebaiknya demi cegah virus ni daripada terus menular. Apalah nasib kita jikalau pejuang kesihatan kita mulai rebah?

Sumber: Medical frontliners yang keletihan dan mulai rebah (The Star 28/5/2021)

Berbalik kepada masalah tadi, ia sebenarnya boleh dibendung dengan teknologi terkini. Tahukah anda, sekarang ni dah ada kanta AntiVirus yang berkesan hapuskan 99.9% virus dan bakteria? Siap berpasangan dengan spray anti-kabus berkualiti, tentu dapat ringankan masalah korang.

 Kanta Anti-Virus ZEISS Hapus 99.9% Virus Dan Bakteria

Cakap tentang cermin mata berkabus dan penularan virus, sebuah syarikat bernama Metro Optical Group (MOG) kini memperkenalkan sebuah kanta cermin mata khas keluaran ZEISS iaitu Kanta AntiVirus ZEISS. Sesiapa yang belum kenal MOG ni, MOG ialah sebuah syarikat optik tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Dato’ Frankie Ng dan Dato’ Henry Ng dengan visi “To Help The World See Better”. Kini, mereka merupakan kedai optik profesional kedua terbesar di Malaysia dengan 95 kedai di seluruh semenanjung Malaysia.

Kembali kepada teknologi baru yang diperkenalkan, Kanta AntiVirus ZEISS ni dapat melawan dan menghapuskan 99.9% virus dan bakteria bagi mengurangkan risiko penularan. Macam mana fungsinya? Korang boleh rujuk gambar kat bawah ni:

Selain itu, terdapat tiga aspek yang diperkenalkan melalui Kanta AntiVirus ZEISS iaitu:

  • Perlindungan: Selain memberikan perlindungan penuh daripada sinar UV, Kanta Antivirus ZEISS berkesan menghapuskan 99.9% virus dan bakteria.
  • Menawan dan Lasak: Kanta Antivirus ZEISS mempunyai kelebihan bebas refleksi dan tahan calar.
  • Kebersihan Cermin Mata Yang Lebih Baik: Kanta ini bertindak sebagai penghadang yang membantu mengurangkan risiko virus dan bakteria membiak di atas permukaannya dan tersebar ke tempat lain.

10,000 Medical Frontliner Ditawarkan Subsidi RM400 Untuk Kanta AntiVirus ZEISS Mulai Sekarang Hingga 31 Julai 2021

Menarik lagi, sebanyak RM4,000,000 subsidi telah disediakan di bawah Program iCare4U MOG untuk 10,000 orang medical frontliners!

Berkenaan dengan program iCare4U ni, Dato’ Frankie Ng (pengarah MOG) berkata: “Pandemik ni banyak mencabar kepada ramai. Dengan perkenalan kanta AntiVirus ZEISS melalui program iCare4u, kami ingin mengucapkan penghargaan ikhlas kami terhadap dedikasi para frontliners dalam perjuangan mereka mencegah penularan wabak covid-19 serta bantu memberi mereka dapatkan perlindungan mata optimum agar sentiasa selamat ketika bertugas. Biarlah kami lindungi anda kali ini.”

Setiap medical frontliners berhak mendapat subsidi tersebut di semua kedai MOG di seluruh negara setelah membuat pendaftaran online mulai sekarang hingga 31/7/2021. (Redemption Validity: Dalam 1 bulan dari tarikh pendaftaran).

Apa yang tertakluk dalam program iCare4U MOG ni?

Macam mana nak mendaftar dan menuntut subsidi iCare4u? Ikuti 4 langkah ni:

  1. Membuat pendaftaran melalui link yang disediakan ini
  2. Kunjungi kedai-kedai MOG yang berdekatan dengan korang dalam tempoh 1 bulan selepas pendaftaran dilakukan
  3. Tunjukkan kad ID Perubatan korang
  4. Tuntut subsidi dan care pack iCare4U korang

Kepada korang yang ada keluarga ataupun rakan-rakan yang bertugas sebagai medical frontliners, mari sama-sama kita bantu mudahkan kerja diorang dengan berkongsi maklumat ni. Bantuan daripada korang amatlah diperlukan.

Adib Mohd