Siakap Keli
Gambar: TikTok @futri__

(Video) Boleh Buat Phone Kedua, ‘Claim’ Telefon Pintar Dan Sim Kad Percuma Ini Melalui Shopee

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, umum sedia maklum yang kebanyakan urusan dijalanakan secara atas talian. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan pekerja juga diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Maka, telefon pintar dan akses internet kini menjadi satu keperluan. Ia sangat penting untuk membolehkan aktiviti-aktiviti ini berjalan dengan mulus walaupun dari rumah.

Melalui inisiatif YES Jaringan Prihatin, korang boleh tebus telefon pintar dan data secara percuma. Kalau korang berada dalam kelompok B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850, boleh la tebus telefon pintar percuma ni melalui aplikasi Shopee.

Tapi sebelum tu korang kena buat permohonan dulu di aplikasi yang sama. Tengok je panduan yang dikongsikan pengguna TikTok @futri__ ni dan ikut langkah-langkah mudah yang korang perlu buat untuk claim telefon pintar percuma ni.

Tengok video di bawah dan tebus telefon pintar percuma sekarang!

@futri__

Cara nak claim Fon FREE . #fyp #HotlinkEverydayCEO #vivoSuperTime

♬ Minimanimo (feat. Haee) [prod. Advanced] – Feng Timo

Sumber: TikTok @futri__

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.