Berkongsi apa yang kita ada kepada orang yang memerlukan adalah satu perkara paling berharga dalam hidup. Memberi itu tidak perlu bergantung pada jumlah harta, pangkat mahupun rupa tetapi dari hati yang bersih.
Kadang-kadang, tidak dinafikan bahawa orang yang kita lihat susah itulah lebih besar hatinya untuk memberi. Mereka sedar mereka bukan orang berada, maka mereka faham bagaimana rasa susahnya ketika tiada apa-apa.
Baru-baru ini, seorang netizen Hanif Asyraf ‘bertandang’ ke sebuah gerai jualan makanan dan minuman di tepi jalan. Peniaga tersebut merupakan seorang wanita yang agak berusia.
Menariknya, Hanif berpura-pura meminta air kepada nenek itu kerana berasa dahaga. Malah jelasnya, dia tidak dapat membayar air tersebut kerana tidak bawa duit ketika itu. Namun, respon nenek itu sungguh menyentuh hati.
Jom ikuti video ini.
@hanifasyraf1 Sedekah ketika sempit (miskin) sebaik-baik perbuatan ❤️ #sedekah #malaysia #indonesia
Ramai netizen tersentuh hati dengan keikhlasan si nenek memberi air kepada Hanif secara bersahaja. Barangkali hatinya tersentuh melihat keadaaan Hanif yang sedang dahaga.
Namun apa yang lebih ‘deep’, riak wajah gembira yang terpancar di wajah nenek ini setelah mendapat ‘hadiah’ telekung pemberian Hanif. Sungguh tak disangka, air diberi telekung dibalas.
Di bawah ini adalah antara komen-komen menarik yang dilontar netizen.
“Kenapa aku senyum sambil bergenang air mata..part makcik tu dapat telekung.” – Baby
“Aku tak boleh tengok content-content video macam ni..automatik jatuh air mata.” – Zul
“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain jugak.” – Afiq
Sumber: Hanif Asyraf