Siakap Keli

(Video) Cara Nak DIY ‘Projector’ Hologram Sendiri, Boleh Tengok Video 3D Dengan Anak-Anak

Pernah tak masa kecik-kecik dulu korang main bayang-bayang kat dinding rumah? Nak-nak pulak masa rumah takda elektrik. Memang itu jelah yang jadi hiburan santai sementara tunggu bekalan elektrik pulih. Nostalgia betul kalau ingat balik.

Tapi bayang-bayang yang korang buat kat dinding tu dalam bentuk dua dimensi je kan. Tapi sekarang korang boleh kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak korang dalam bentuk tiga dimensi (3D).

Video yang diunggah di akaun TikTok @faadiyahnur ni menunjukkan cara-cara nak buat piramid hologram 3D sendiri kat rumah. Hanya guna kertas A4 dengan transparent sheet (kepingan lutsinar) je.

Untuk projector, korang boleh pakai telefon pintar je sebagai pemancar dengan meletakkan piramid hologram tu atas skrin telefon. Video hologram 3D tu pulak korang boleh dapatkan kat YouTube.

Nak tahu macam mana nak buat piramid hologram 3D ni, boleh tengok video di bawah.

@faadiyahnur

I made it! Watch this until the end 😍The fact that i could look at this every night 🥺 #fyp #foryoupage #hologram #diyhologram

♬ To the Bone full cover on Youtube Hana Wilianto – Hana Wilianto

Sumber: TikTok @faadiyahnur

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.