Siakap Keli
Gambar: zarulshahfiqrie

(Video) “Haa Nak Lompat Mana Tu”, Seram, Kelibat Didakwa ‘Pocong’ Berjaya Dirakam Di Celah Pokok Pisang Di Lokasi SJR

Satu video penampakan yang dikatakan mirip hantu pocong telah menjadi tular.

Video tersebut dikatakan diambil di salah satu lokasi SJR yang tidak diketahui.

Menurut pengguna TikTok yang bernama zarulshahfiqrie itu, penampakan pocong tersebut disedari selepas lampu biru polis yang berkelip-kelip secara tiba-tiba terjatuh tanpa ada sebarang bunyi benda terjatuh.

Menurut kapsyen pada satu lagi video, dia mendakwa bahawa pada ketika itu tiada angin mahu pun ribut. Kelibat pocong tersebut yang tampak sedang bergoyang-goyang telah terlihat di celah-celah pokok pisang yang terdapat di lokasi SJR itu.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video itu, namun video tersebut telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 250 ribu kali.

@zarulshahfiqrie

abang polis kena ganggu ? #fypシ #fypage #fyp #fypシ゚viral #bangbangbang

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Sumber: zarulshahfiqrie

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.