Bayangkan anda sedang meneroka jalan di aplikasi Google Earth, tapi secara tiba-tiba ternampak satu susuk misteri berdiri di hadapan.
Sepertimana seorang pengguna aplikasi itu yang menemui susuk misteri di sebuah jalan dikelilingi hutan di lokasi yang tidak dimaklumkan.
Menurut Daily Star, pengguna dengan nama @hidden.on.google.earth itu telah berkongsi video berkenaan melalui akaunnya di mana video tersebut telah mendapat lebih 4 juta tontonan setakat ini.
Menerusi video itu, pengguna berkenaan telah merakamkan suatu susuk yang berdiri di kejauhan di sebuah jalan yang kelihatan terbiar.
Sebaik sahaja dizum masuk, tampak seperti seorang wanita berbaju panjang yang menyerupai adegan filem seram The Blair Witch Project di mana tiga pelajar hilang selepas masuk ke hutan misteri, tulis portal itu.
@hidden.on.google.earth this looks like something out of a horror movie😨 #hiddenongoogleearth #googleearth #googlemaps #viral #streetview #wtf #scary #creepy #strange
Sumber: @hidden.on.google.earth via Daily Star