Siakap Keli
Kredit: Nad Masrom

(Video) “Tidak Pam Terlalu Lama,” Kaunselor Laktasi Ini Kongsi Tips Atasi Bengkak Susu Pada Awal Kelahiran

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bengkak susu merupakan situasi apabila payudara membengkak kerana bekalan susu yang berlebihan dan tidak dikeluarkan (Hello Doktor, 2021).

Akibatnya, payudara akan menjadi sakit, keras dan ngilu selain menjadi panas serta kemerah-merahan. Selain itu, kelenjar pada bahagian ketiak juga akan mengalami bengkak serta sakit.

Bagaimanapun, kongsi seorang Kaunselor Laktasi Bertauliah, Nad Masrom, keadaan ini adalah perkara yang sering berlaku di awal kelahiran dan akan berubah mengikut kekerapan bayi menyusu.

“Bengkak susu adalah normal pada awal kelahiran kerana ketika pada masa ini aras hormon prolaktin, iaitu hormon untuk menghasilkan susu adalah sangat tinggi. Ia akan berubah mengikut kekerapan bayi menyusu,” katanya.

Jika ia berlaku, anda boleh lakukan tips berikut untuk meredakan bengkak iaitu:

  1. Tuam guna air panas dalam botol, perahan tangan (marmet)
  2. Tuam atau urut guna warmer
  3. Pam sekadar redakan bengkak. Jangan terlalu lama untuk elakkan oversupply.
@nadmasrom

TIPS ATASI BENGKAK SUSU AWAL KELAHIRAN #nadbreastfeedinginfo #breastfeedingcounselor #tipspenyusuan #berpantangdanmenyusubyLCNadMasrom

♬ Kasih Slow – Nonna 3In1

Untuk mengetahui mengenai teknik Marmet, anda boleh melihatnya di akaun INI.

Sumber: Hello Doktor, Nad Masrom

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.