Siakap Keli
Gambar Via News24

COVID-19: “Jangan Jatuhkan Martabat Anda”, KKM Ingatkan Ivermectin & Ubat Haiwan Lain Yang Dijual “Online” Tidak Sesuai & Bukan Untuk Kegunaan Manusia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Ivermectin dan ubat-ubat haiwan lain yang dijual di dalam talian adalah bukan untuk kegunaan manusia, apatah lagi jika ia digunakan untuk merawat atau mencegah COVID-19.

Menerusi perkongsian di Facebook, KKM juga menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan iklan ubat haiwan yang mendakwa boleh merawat penyakit manusia.

“Dalam situasi wabak Covid-19 yang semakin serius ini, ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan saranan dan maklumat palsu berhubung rawatan atau pencegahan penyakit.

“Ingat! Ubat haiwan hanya sesuai bagi merawat penyakit-penyakit yang dihidapi oleh haiwan peliharaan atau haiwan ternakan sahaja.

”Jangan Jatuhkan Martabat Anda!,” kata KKM.

Tidak cuma itu, sehingga kini tiada produk Ivermectin atau ubat haiwan lain yang diluluskan untuk kegunaan manusia bagi merawat COVID-19.

Justeru, orang ramai perlu mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar atau ahli farmasi berlesen sebelum membeli sebarang ubat untuk merawat atau mencegah penyakit.

 

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.