Siakap Keli

“Rasa Nak Putus Asa”, Telefon Ayah Uzur & Line Takda, Pelajar Stres Hadapi PDPR

“Kerja sekolah yang Cikgu Halim beri semalam tak sempat siap lagi. Hari ini pulak, Ustazah Farah bekalkan lagi tugasan lain. Bukan taknak buat, tapi tak mampu. Memang tak mampu.

Sudahlah belajar guna internet, rumah ni line pun asyik putus-putus. Maklumlah, tinggal kat hujung kampung. Time kelas online jangan cakaplah. Jangan kata laptop, telefon pun takda.

Yang ada pun pinjam ayah punya, itupun telefon model lama yang dah tak sesuai lagi. Tu belum kira lagi terpaksa berkongsi dengan adik. Ah, aku stres sekolah macam ni. Serius…aku rasa nak putus asa.”

Itulah luahan seorang pelajar tingkatan tiga yang terpaksa menjalani sesi persekolahan ketika suasana pandemik. Tak cukup dengan pelbagai tugasan yang nak kena kejar, ‘keadaannya’ pula tak mengizinkan.

Kalau korang nak tahu, inilah situasi getir yang ramai pelajar kita hadapi. Pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR) ini umumnya sebagai alternatif persekolahan secara online berikutan sekolah ditutup, namun bukan semua pelajar ‘mampu’ menjalaninya.

Kerajaan simpati nasib adik-adik ni

Bersimpati dengan nasib mereka, kerajaan baru-baru ini telah mengisytiharkan bantuan Jaringan Prihatin, iaitu sebuah inisiatif kerajaan di bawah program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik ini.

Melalui Jaringan Prihatin, golongan B40 yang layak boleh menebus bantuan bernilai RM180 hingga RM300 dalam bentuk subsidi pelan data bulanan atau subsidi telefon pintar.

Bagi individu bujang atau pasangan yang belum mempunyai anak, mereka boleh menebus subsidi bernilai RM180, manakala isi rumah yang mempunyai anak pula boleh menebus subsidi bernilai RM300.

Pendek kata, kalau korang memang tak mampu memiliki telefon sendiri untuk PDPR & tergolong dalam kelompok di atas, inilah peluang keemasan yang korang mesti ambil.

Tune Talk Untuk Rakyat

Berita baik untuk korang, syarikat rangkaian telekomunikasi Tune Talk ada menawarkan pelbagai promo berpatutan seperti pelan data tahunan bermula serendah RM13 dan pakej peranti telefon pintar 4G secara PERCUMA.

Kalau korang rasa korang ni ‘insan terpilih’ untuk menebus subsidi ini, jom ikuti langkah-langkah di bawah:-

Terdapat empat pilihan pelan data yang boleh korang langgan. Rujuk rajah di bawah ini:-

Itu kalau korang pilih nak tebus subsidi pelan data. Kalau taknak, korang juga boleh pilihan pilihan kedua iaitu tebus peranti. Jangan terkejut, peranti yang ditawarkan ni memang ‘superb’ punya. Ini cara-cara menebusnya:-

Di bawah ini pula adalah pilihan peranti bagi subsidi bernilai RM180 dan RM300. Korang boleh pilih mengikut kategori dan pakej yang korang nak:-

Subsidi Jaringan Prihatin RM180 (individu)

Subsidi Jaringan Prihatin RM300 (berkeluarga)

 

Best kan? Lepas ni janganlah risau tentang line takda ke, telefon terpaksa pinjam orang ke, tak perlu lagi. Kerajaan dah bagi solusi Jaringan Prihatin, korang kena ‘grab’ peluang ni.

Dan lebih menarik, Tune Talk pun dah tawarkan pakej pelan data dan telefon pintar paling berbaloi. Memang dijamin korang takkan stress, takkan rasa nak putus asa lagi lepas ni. Solusi dah ada, korang ‘jalan’ je.

Jadi jangan buang masa, terus semak kelayakan korang dan sila tebus segera peluang yang ada DI SINI. Jangan lepaskan peluang, pastikan pelan data & peranti subsidi ini milik korang!

#TuneTalkUntukRakyat #KitaJagaKita #TuneTalkJagaKita



Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.