Siakap Keli

Viral Satu Malaysia, Cikgu Tampil Kongsi Kisah Sebenar Disebalik Pusat Internet Kg Bahagia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial tentang beberapa keping foto memaparkan sebuah pondok kayu yang terpencil di hutan. Apa yang menjadi isunya, pondok itu merupakan pusat internet sementara bagi sebuah kampung.

Difahamkan, pondok itu dibina sebagai kegunaan pelajar sekolah untuk mengakses liputan internet. Namun kewujudannya ‘sedemikian rupa’ telah menimbulkan pelbagai spekulasi awam daripada segenap sudut.

Bagaimanapun, seorang warga pendidik yang mengajar di sebuah sekolah di kampung tersebut, Puan Zaty Syazwani akhirnya tampil dan menjelaskan perkara sebenar di sebalik spekulasi yang menjadi bualan ramai ini.

Mari ikuti bebenang di bawah.

Ini bukan kampung yang biasa. Sudah tentu geografinya sangat berbeza berbanding di tempat lain.

Jelas Cikgu Zaty, antara yang selalu dipersoalkan adalah kenapa tidak ada pencawang telekomunikasi yang dibina? Maka beliau menjelaskan semula persoalan tersebut.

Lokasi yang mencabar

Difahamkan, bukan semua tempat dalam kampung tersebut mempunyai akses liputan yang lengkap. Hanya di sinilah satu-satunya tempat paling sesuai untuk dapatkan liputan penuh.

Sudahlah berada di kawasan tanah tinggi, malah mereka perlu menaiki kenderaan yang sesuai untuk meredah laluan tidak rata sepanjang perjalanan iaitu pacuan empat roda.

Selain itu, laluan ini bukanlah laluan biasa. Ia adalah laluan makhluk hutan yang lain juga. Cikgu Zaty turut menjelaskan kenapa ia dibina sedemikian rupa pada keadaan kawasan seperti itu.

Papan tanda tarik perhatian

Sementara itu, netizen turut tertarik dengan papan tanda yang digantung di pondok berkenaan. Mungkin nampak ringkas dan kreatif, tetapi sebenarnya ada tujuan tertentu yang mereka sasarkan.

Jelas Cikgu Zaty, “Sebabnya nak tarik perhatian setiap orang, nak kasi nampak teruk. Jadi ia boleh tarik perhatian dan tahu apa jadi? Ianya berkesan,”

Alhamdulillah ‘hasil’ tular di media sosial, dikhabarkan mungkin ada ‘sinar’ baharu buat pondok ini.

Demikianlah penjelasan sebenar di sebalik pondok internet sementara ini.

Sumber: Twitter Zaty Syazwani

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.