Siakap Keli
Gambar: Metro UK

WHO Beri Amaran Kemunculan Gelombang Baharu Covid-19 Di Eropah, Penonton Euro 2020 Antara Punca Beratus Kes

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kemunculan gelombang baharu COVID-19 di Eropah susulan peningkatan kadar jangkitan kes sebanyak 10 peratus, selain turut didorongi sebaran varian Delta.

Pengarah WHO Eropah, Dr. Hans Kluge menegaskan, ‘tempoh cemerlang’ penurunan kes selama 10 minggu sebelum ini telah pun berakhir.

Sebaliknya jelas Kluge, kes positif kembali meningkat disebabkan aktiviti pelancongan, perhimpunan dan kelonggaran beberapa sekatan sosial.

“Tiga punca gelombang kemasukan semula (pesakit) ke hospital dan kematian (akibat peningkatan kes) adalah sebaran varian baharu, kurangnya pengambilan vaksin dan himpunan awam yang meningkat.

“Mungkin nanti akan muncul gelombang baharu di Eropah, kecuali kalau kita kekal berdisiplin, lebih-lebih lagi apabila terdapat banyak prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi dan mengambil vaksin tanpa ragu-ragu,” katanya, memetik laporan Metro.

Dia turut menggesa orang ramai yang ingin melakukan perjalanan dan berkumpul sepanjang musim panas ini supaya terus mengamalkan perlindungan diri seperti memakai topeng muka.

Dalam pada itu, WHO juga meminta pemantauan yang lebih baik terhadap perlawanan bola sepak Euro 2020 setelah beratus-ratus kes dikesan dalam kalangan peminat.

Ditanya mengenai apakah kejuaraan Euro berpotensi bertindak sebagai  ‘super-spreader’, Dr Kluge menjawab: ”Saya harap tidak… tetapi ia tidak dapat dikecualikan.”

Untuk rekod, kira-kira 63 peratus rakyat di negara-negara Eropah masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Sumber: Metro

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.