Siakap Keli
Gmabar sekadar hiasan

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Bakal Membadai Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca hujan lebat dan ribut petir yang dijangka membadai beberapa negeri hingga 7 malam ini.

Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 4 petang tadi. Berikut di bawah adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:-

  • Perlis: seluruh negeri
  • Kedah: seluruh negeri
  • Pulau Pinang: seluruh negeri
  • Perak: Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang & Muallim
  • Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai & Gua Musang
  • Terengganu: Hulu Terengganu, Dungun & Kemaman
  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan & Rompin
  • Selangor: Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat & Sepang
  • WP Kuala Lumpur: seluruh wilayah
  • WP Putrajaya: seluruh wilayah
  • Negeri Sembilan: Jelebu, Negeri Sembilan, Kuala Pilah & Jempol
  • Johor: Mersing, Kota Tinggi
  • Sarawak: Kuching (Bau, Kucing), Samarahan, Sri Aman, Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan, Marudi) & Limbang
  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom)

Sumber: METMalaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.