Siakap Keli

“Kita Semua Sebuah Keluarga…”, Baru Balik Dari Gaza Semalam, Ustaz Ebit Terus Gerakkan Bantuan Barang Dapur Seluruh Malaysia Pula

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh Malaysia. Kerja-kerja sukarelawan dan bantuan kemanusian yang digerakkannya cukup masyhur di seluruh tanah air.

Kadang-kadang, apabila timbul sahaja isu-isu masyarakat terutamanya melibatkan golongan yang tidak bernasib baik, beliau adalah antara individu terawal yang muncul menghulurkan bantuan. Malah, baru-baru ini, beliau bersama pasukannya terbang ke bumi Gaza untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan disana.

Baru sahaja pulang dan tiba di Malaysia semalam, beliau khabarnya terus menggerakkan misi bantuan makanan untuk seluruh Malaysia pula. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri di laman facebooknya sebentar tadi.

Ikuti perkongsian beliau dibawah.

Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini.

Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.

Lokasi & No Telefon

1.Kota Kinabalu,Sabah 01121820646
2.Seberang Perai Utara,Penang 0184636181
3.Semporna,Sabah 01159023120
4.Bintulu,Sarawak 0164035460
5.Senawang,Negeri Sembilan 0173164974
6.Bandar Kuantan,Pahang 01161096263
7.Kudat,Sabah 0169771243
8.Pasir Mas,Kelantan 0179478716
9.Sungai Petani,Kedah 01127226330
10.Ipoh,Perak 01151523766
11.Kunak,Sabah 0166033149
12. Pasir Gudang JB 0107068364
13. Kuala Terengganu 01120507611
14.Kuala Lumpur,Selangor 0176296906

Semoga usaha Ustaz Ebit dipermudahkan dan lebih ramai individu-individu yang sedang dalam kesusahan ketika ini menerima bantuan yang sewajarnya.

 

 

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.