Siakap Keli

Lelaki Sanggup Labur Hampir RM500k Untuk Jalani 18 Pembedahan, Kerana Nak Kelihatan Seperti Jimin BTS

BRITAIN- Influencer dari Britain menjalani 18 pembedahan selama lapan tahun untuk kelihatan seperti idolanya.

Oli London, memuatnaik video di Youtube dimana dia mengatakan bahawa dia menjalani pembedahan  untuk menjadikan dirinya seperti “orang Korea”.

“Kini saya jadi orang Korea,” katanya dalam video yang dimuatnaik pada 29 Jun.

“Ramai yang tak memahami saya, tetapi inilah saya. Saya orang Korea,” katanya lagi.

Menurut CNA, Oli London mempunyai lebih 330,000 pengikut di Instagram itu dikatakan ‘mirip’ dengan Jimin dari kumpulan terkenal dari Korea Selatan, BTS.

Dia yang berusia 31 tahun itu dikatakan menerima ugutan dan ancaman untuk dibunuh, lapor TMZ.

Menurut Daily Mail, pada Januari 2020, dia berkahwin dengan cardboard Jimin di Las vegas.

Selain itu, Influencer ini sanggup menghabiskan $150,000 demi kelihatan seperti Jimin, lapor nme.com.

Sumber: CNA, nme.com

Atiqah Aliah