Siakap Keli

Tak Mahu Nenek Sedih, Cucu Upah Seseorang Menyamar Jadi Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia

CHINA- Seorang wanita menipu neneknya selama beberapa tahun dengan satu alasan.

Nenek yang berusia 100 tahun itu meninggal dunia baru-baru ini. Namun, selama 13 tahun sebelum kematiannya, dia tidak mengetahui bahawa anak telah mati.

Menurut Kompas.com,  Cheng Jing (cucu) bertindak demikian kerana tidak mahu nenek tersebut berasa sedih atas kematian anaknya.

Jing mengupah individu untuk meniru suara ibunya selama lebih sedekad.

Cheng Corong (anak), begitu dekat dengan ibunya dan mereka kekal berhubung hingga tahun 2002 walaupun dia sedang melawan penyakit kanser peparu.

Cheng Corong dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 2003.

Sebelum kematiannya, Corong bertindak merakam puluhan pesanan suara dan meminta anaknya, Jing untuk memutarkannya dihadapan ibunya agar dia tidak risau.

Jing menurut kehendak ibunya hinggalah ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Yang menjadi kegusarannya apabila pesanan yang dirakam tergantung dan Jing membuat keputusan untuk mengupah orang bernama Chen Weiping bagi mengganti ibunya.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.