Siakap Keli

Terinspirasi Usaha Ebit Lew, Cikgu Ni Buat Tuisyen ‘Online’ Percuma, Semua Anak Didik Dapat ‘Straight’ A’s SPM

“Ma, lama lagi ke sekolah nak buka? Bila boleh jumpa kawan-kawan semua? Ma, tak boleh ke kita pergi je sekolah belajar ramai-ramai? Adik bosan kat rumah.”

Antara rungutan dan rayuan sesetengah daripada anak-anak kita ketika ini yang mungkin sudah mula ‘muak’ di rumah dan tidak begitu mengerti dengan punca dan kesan wabak yang masih ‘berlegar’ ini.

Baru sahaja anak-anak ini bergembira pada awal tahun apabila sesi persekolahan dibuka, tiba-tiba negara dikejutkan dengan penutupan sektor pendidikan dan sejak itu, bermulalah sesi pembelajaran dalam talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) sekali lagi berikutan kes positif wabak yang masih tinggi.

Sistem pendidikan norma baru ini memberi cabaran tiga pihak; guru, ibu bapa dan anak-anak. Pelbagai persoalan timbul seperti boleh kah mereka tetap fokus belajar dari rumah? Mampukah ibu bapa turut sama hadir dan memberi dorongan? Bagaimanakan para guru tetap konsisten dan relevan dengan kaedah pembelajaran virtual?

Bukan ingin menunding mana-mana pihak, tapi sistem yang kerap berubah ini menyebabkan komitmen dan kredibiliti guru dituntut sepenuhnya. Dalam masa sama, kita perlu sedar tidak semua pelajar boleh fokus dalam suasana pembelajaran virtual sekaligus menyebabkan mereka kurang faham disetiap kelas.

Justeru itu, pembelajaran tambahan amat diperlukan demi memastikan mereka ‘on-track’ dan tidak ketinggalan.

Semua anak didik dapat straight A’s SPM

Hal ini mendapat perhatian salah seorang tenaga pengajar, Cikgu Shahrin Zikri yang turut prihatin dengan nasib para pelajar ketika ini. Pun begitu, menariknya, walaupun dalam keadaan yang sukar, Cikgu Shahrin Zikri berkongsi berita baik apabila kesemua anak didiknya peroleh straight A’s dalam keputusan SPM baru-baru ini walaupun belajar secara online.

Gerakan Cikgu Shahrin bantu lebih 50, 000 pelajar secara percuma

Bermulanya pandemik Mac tahun lalu, ramai ibubapa yang menghubungi Cikgu Shahrin dan team Aster kerana risaukan pendidikan anak-anak mereka terabai. SPM yang kian hampir dan tekanan pelajar-pelajar dalam persediaan yang kurang, memaksa program seminar percuma pertama oleh Cikgu Shahrin. Bermula dengan membantu 40 pelajar secara percuma, secara kumulatif sejak Mac 2020 Cikgu Shahrin telah bantu lebih 50,000 pelajar secara percuma melalui seminar-seminar yang telah diadakan.

“Sifat ingin membantu itu sentiasa ada dalam setiap manusia. Melihat usaha Ustaz Ebit Lew membantu ramai orang sentiasa menjadi inspirasi kepada Cikgu Shahrin. Namun, duit bukan kapasiti kami untuk membantu seperti beliau, tapi kemampuan saya adalah berkongsi ilmu lebih-lebih lagi dalam subjek matematik tambahan yang umum tahu sangat susah.”

“Tahun ini, lebih dua juta pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang mengambil subjek matematik tambahan, dan boleh kata hampir 99 peratus masih bersedih dengan markah ujian atau peperiksaan yang lalu kerana tiada bimbingan. Oleh hal yang demikian, saya meletakkan satu visi iaitu ingin membantu 100,000 pelajar dalam subjek matematik tambahan percuma secara online.”

 

Seminar AddMath A+ Mastery, 100% percuma setiap hari Sabtu bermula 26 Jun 2021 sehingga 5 Mac 2022

Bagi membantu lebih ramai pelajar, Cikgu Shahrin telah mengadakan seminar AddMath A+ Mastery, 100% percuma dan 100% kebajikan setiap hari Sabtu bermula 26 Jun 2021 sehingga 5 Mac 2022.

“Kami tekad nak buat setiap Sabtu demi membantu pelajar-pelajar yang terkesan demi menguasai subjek ini secara percuma.  Seminar percuma ini diadakan untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 untuk menguasai keseluruhan topik-topik matematik tambahan yang sukar difahami dengan mudah dan tersusun.”

Pendaftaran boleh dilakukan melalui portal rasmi Pusat Tuisyen Aster www.aster.edu.my

Kempen membimbing 100,000 pelajar yang mengambil subjek matematik tambahan secara percuma giat dijalankan di semua platform media sosial Pusat Tuisyen Aster, dan Cikgu Shahrin terus bertekad ingin membantu lebih ramai pelajar lebih-lebih lagi dalam era krisis ini.

Nur Farra