Lima negeri akan beralih ke Fasa Dua bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin (5 Julai).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri tersebut adalah Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini.
Difahamkan, kesemua negeri berkenaan setakat semalam memenuhi semua nilai ambang yang cukup untuk beralih ke fasa kedua selain mencatatkan liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus.
Berita lanjut menyusul
Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang beralih ke Fasa Dua PPN berkuatkuasa 5 Julai – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/ZTz0AF62si
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 3, 2021
Sumber: BERNAMA