Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Membadai 10 Buah Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca hujan lebat dan ribut petir yang dijangka membadai 10 buah negeri, sebentar tadi.

Dalam kemaskini pada 2.40 petang itu, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan terlibat sehingga jam 5 petang ini.

Berikut adalah negeri dan wilayah yang diramal bakal menerima hujan berdasarkan laporan MetMalaysia:

Perlis

Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu)

Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan)

Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang)

WP Kuala Lumpur

WP Putrajaya

Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin)

Melaka

Sarawak: Miri (Subis dan Beluru)

Sabah: Pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan)

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Nurul Nabila