Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Mak Ayah Selalu Mengadu Sakit Lutut & Pinggang, Doktor Pakar Tulang Saran Guna Krim Ni Terus Boleh Lega Cepat

Pernah tak nampak mak atau ayah korang asyik pegang lutut ataupun pinggang mereka? Umur pun sudah semakin berusia, jadi tidak hairanlah sekiranya golongan ini sering mengalami masalah sendi ataupun otot.

Sebagai seorang anak yang prihatin terhadap kesihatan ibu bapa mereka, seharusnya tidaklah dibiarkan mereka terus ‘menderita’ dengan penyakit ‘biasa’ yang sering dialami oleh golongan tua. Lebih teruk lagi, sakit tersebut boleh menjejaskan aktiviti-aktiviti harian mereka.

Kita pula bukannya sentiasa ada dengan mereka untuk tolong picitkan pada setiap malam. Malah, ada anak-anak yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa mereka disebabkan komitmen bekerja di tempat lain. Oleh itu, sebagai anak-anak perlulah memahami kesukaran yang mereka hadapi terutamanya ketika umur sudah semakin tua.

Gambar: OrthoCarolina

Susah untuk bergerak buat aktiviti harian

Ada juga ibu bapa yang walaupun sudah tua, tetapi tetap ‘berdegil’ untuk bekerja atas pelbagai alasan. Antaranya ialah bosan duduk kat rumah tapi tak buat apa-apa. Tapi, dengan keadaan sendi dan otot mereka yang semakin expired, pasti susah untuk membuat sesuatu pekerjaan.

Kalau yang tak bekerja tu pula, asyik nak bergerak ke sana dan ke sini saja. Pagi-pagi buta dah ada idea yang nak dibuat. Antaranya pergi berkebun, mengemas rumah dan yang melibatkan kerja-kerja berat.

Gambar: Back Care Plus Therapy And Rehab

Susah nak solat dengan sempurna

Aspek ni juga sangat penting terutamanya dalam kalangan warga tua. Apa tidaknya, mereka sudah pastinya ingin mengerjakan ibadat dengan sempurna. Kalau dilihat kepada senario pada masa kini, ramai warga tua yang terpaksa solat duduk kerana keadaan sendi dan otot mereka yang tidak dapat bertahan lama untuk berdiri.

Selain itu, ada juga yang akan mengaji dan berzikir selepas waktu solat dalam tempoh yang agak lama. Tapi bila dah lama sangat duduk, nak bangun pula yang susah disebabkan sendi dan otot yang semakin ‘longgar’. Jadi terpaksalah guna ‘tongkat’ yang ada untuk menampung badan sendiri untuk bangun semula.

Susah nak berjalan & naik tangga

Pernah tak ajak mak ayah korang jalan-jalan? Tak kiralah kat dalam pusat beli belah ke, pusat peranginan ka atau sekadar mengambil angin di taman-taman reaksi. Kalau dekat mungkin tiada masalah, tapi kalau terpaksa jalan dalam jarak yang jauh, pasti akan ada yang mula memegang lutut mereka.

Gambar: Healthline

Ibu bapa yang mengalami masalah sendi dan otot juga akan mengalami kesukaran ketika ingin menaiki tangga. Lagi-lagi bila dah teringin sangat nak pergi rumah anak-anak atau saudara tapi rumah tersebut tidak mempunyai lif. Demi anak-anak atau saudara yang dirindui, mereka gagahkan juga untuk meniti setiap anak tangga walau sambil memegang belakang dan lutut mereka.

Tolong mereka atasi masalah sendi dan otot

Sebagai anak-anak, tak kan nak biar ja mereka menderita dengan sakit tersebut. Nak bergerak ke mana-mana pun susah, nak duduk diam-diam pula mesti akan bosan kan. Antara salah satu tips yang boleh korang cuba adalah merawat mereka dengan menggunakan Atroflex gel yang diakui selamat digunakan dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk keluaran Farmasia Sdn. Bhd. ni sebenarnya wajib simpan satu di rumah terutamanya di kediaman ibu bapa korang. Kalau sakit tu guna ja Atroflex gel ni dan terus lega.

Kalau korang nak tahu, produk ini mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan. Antaranya ialah cepat melegakan sakit sendi serta otot dan tidak perlu risau kerana produk ini diyakini halal lagi suci.

Selain tiada kesan sampingan, produk ini juga 100% milik Syarikat Bumiputra Farmasia dan secara tidak langsung boleh la korang support produk tempatan kan.

Hebatnya Atroflex ini apabila ‘ramuannya’ yang digunakan bukanlah calang-calang hebatnya. Apa tidaknya, produk ini mengandungi minyak zaitun yang mempunyai pengiktirafan halal yang sah. Minyak zaitun yang diozonkan ini melegakan rasa sakit pada sendi dan otot akibat aktiviti fizikal, sekaligus membolehkan korang kembali bergerak aktif.

Tambah lagi, ia juga menggunakan proses teknologi penghasilan yang dipatenkan dari Sepanyol. Dengan kandungan oksigen aktif yang tinggi juga, Atroflex Gel ini ternyata berkesan untuk merawat sakit sendi dan otot dalam masa yang sangat cepat.

Namun, apa yang paling menariknya adalah Atroflex Gel ini juga disyorkan oleh Institut Sukan Negara terutamanya untuk orang yang mengalami masalah sakit sendi dan otot. Bukan itu sahaja, doktor pakar Ortopedik negara pun turut menyarankan penggunaan produk ini.

Doktor yang dimaksudkan adalah Dr Sallehuddin bin Abdullah yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang ‘Orthopaedic Spine Surgeon’.

Beliau yang turut mempunyai hobi lasak seperti mendaki gunung, berkhemah, larian marathon dan menyelam sangat menyarankan penggunaan Atroflex Gel terutamanya kepada golongan yang mempunyai masalah sendi dan otot. Dr Sallehuddin juga telah mendapat pelbagai pencapaian dan pengiktirafan bukan sahaja di dalam negara, malah turut melibatkan sehingga luar negara. Beliau kini berkhidmat di Hospital Pusrawi di jabatan pembedahan Ortopedik.

Baik beli cepat sekarang ni, tengah ada potongan harga

Inilah waktu yang sesuai untuk korang beli dan simpan di rumah korang serta hadiahkan untuk mak ayah di kampung. Sempena Sales 7.7 yang bakal tiba ni, korang boleh mula menikmati produk ini dengan harga yang sangat hebat bermula 4 Julai sehingga 7 Julai sahaja.

Nak beli kat mana ? Korang boleh je dapatkan di Lazada dan juga Shopee yang sudahpun tersedia untuk korang semua. Jangan lepaskan peluang pula, harga tengah murah ni, nak beli dengan kuantiti yang banyak untuk standby pun boleh juga.

Lepas ni, tiadalah mak ayah korang mengadu sakit lutut atau pinggang lagi. Nak beribadat dengan sempurna pun senang tak perlu guna kerusi lagi untuk duduk.

Jadi, apa tunggu lagi. Cepat bukak aplikasi Shopee dan Lazada korang untuk dapatkan buat ibu bapa dan diri sendiri. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Farmasia dan laman web Farmasia Sdn. Bhd.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.