Siakap Keli
Gambar: @zakirinofficial

Nak Tutup Enjin Kena Matikan ‘Aircond’ Dulu Tak? Ini Penjelasan Yang Semua Pemandu Mesti Tahu

Setiap kenderaan biasanya ada komponen yang berbeza-beza, contohnya kereta yang mempunyai sistem penghawa dingin (aircond) dan ‘wiper‘, namun tidak bagi kenderaan motosikal.

Bagi pemandu kereta, sebaiknya komponen dalaman dan luaran kereta perlu diketahui fungsi dan cara menggunakannya dengan betul. Hal ini bagi mengelakkan daripada kereta menjadi cepat rosak dan sebagainya.

Mungkin ada yang sudah tahu ataupun masih belum arif tentang penjagaan enjin dan komponen-komponen kereta yang lain. Jadi, kali ini @zakirinofficial menerusi akaun Tiktoknya telah berkongsikan penjelasan di videonya sama ada enjin kereta perlu dimatikan selepas tutup dahulu ‘aircond‘ ataupun sebaliknya.

Menurutnya, tidak menjadi masalah atau komplikasi sekiranya pendingin hawa tidak ditutup terlebih dahulu sebelum matikan enjin. Walau bagaimanapun, perkara itu berlainan pula sekiranya menggunakan kereta lama kerana pemandu perlu menutup ‘aircond’ terlebih dahulu.

Ada kereta yang perlu tutup ‘aircond‘ dahulu dan ada yang tidak perlu. Nak tahu dengan lebih jelas, jom tengok video di bawah.

@zakirinofficial

nak tutup engine, kena tutup a/c dulu ke tak? #kereta #aircondkeretataksejuk #aircondkereta #enginekereta

♬ original sound – Zakirin – Zakirin

Sumber: Tiktok @zakirinofficial

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.